Sesi Diagnos SOP PERCUMA
Langkah Pertama Menuju Kejayaan Kedai Makan Anda!
Usaha selama ini mungkin tersekat dek kelemahan yang tak disedari. Kenali situasi operasi anda bersama pakar yang berpengalaman.
Apakah Operasi Kedai Makan Anda Berjalan dengan Optimum?
Jika anda pemilik kedai makan, restoran, atau katering yang mengendalikan ramai pekerja dan jualan besar, tentu anda tahu betapa pentingnya operasi yang lancar. Namun, kadangkala masalah sebenar tersembunyi di sebalik rutin harian yang sibuk – inilah yang menjadi penghalang kepada pertumbuhan perniagaan anda.
Melalui Sesi Diagnos SOP Operasi Kedai Makan, kami membantu anda mengenal pasti setiap kelemahan tersembunyi yang mungkin merugikan anda. Bukan hanya itu, anda juga akan melihat peluang penambahbaikan yang belum pernah anda bayangkan.
Jangan biarkan kelemahan operasi menghalang kedai makan anda daripada berjaya ke peringkat seterusnya.
Mengapa Sesi Diagnos SOP Ini Amat Berbaloi?
Lebih dari Sekadar Perundingan – Ini Peluang Mengesan dan Mengatasi Cabaran dan Isu yang Membelenggu!
- PERCUMA sepenuhnya – Dapatkan nilai sebenar tanpa sebarang caj, hanya dengan deposit yang dipulangkan.
- Dikendalikan oleh Pakar: Bersama Tuan Putera Khaleel Azwan Shah yang telah membantu puluhan pemilik kedai makan memperbaiki operasi mereka. Dengan hampir 10 tahun pengalaman, beliau tahu di mana harus mencari masalah, dan bagaimana mengatasinya dengan tepat.
Kelemahan yang Mungkin Anda Tak Pernah Sedar
"Isu Tersembunyi Adalah yang Paling Merugikan!"
Setiap kedai makan mengharapkan operasi berjalan lancar, namun adakah anda pasti kedai anda berfungsi dengan sempurna? Ramai pemilik tidak sedar adanya halangan dalam rutin mereka yang selama ini mengganggu pertumbuhan perniagaan.
Sesi Diagnos SOP ini membuka mata anda kepada kelemahan sebenar yang tak pernah anda lihat – isu yang menghalang kedai makan anda daripada mencapai potensi maksimum.
Inilah yang boleh dicapai kedai makan anda juga! Dengan bimbingan yang tepat, peluang ini mungkin boleh mengubah nasib perniagaan anda.
Bagaimana Anda Boleh Menyertainya?
Mudah dan Cepat – Daftar Sekarang untuk Transformasi Operasi Kedai Anda!
Isi borang di bawah, pilih tarikh dan masa yang sesuai, Ini bukan hanya sesi biasa, tapi langkah pertama untuk transformasi perniagaan anda.
Jangan lepaskan peluang – ini adalah sesi percuma yang berharga, khas untuk pemilik kedai makan yang serius mahu mencapai kejayaan!
Daftar Sekarang untuk Sesi Diagnos SOP Operasi Kedai Makan PERCUMA
Terma dan Syarat Program:
- Ini adalah sesi percuma.
- Sesi ini adalah sesi mengenalpasti masalah bisnes.
- Konsultan akan memberikan SOLUSI jika ianya adalah simple problem.
- Konsultan akan mencadangkan servis atau produk yang beresesuaian dengan isu yang dihadapi.
- Selepas tuan / puan selesai membuat pendaftaran, sila tunggu admin WhatsApp dalam masa 2 Jam.
- Temu janji akan dibuat oleh admin melalui WhatsApp.
- Masa temujanji diberikan mengikut kelapangan konsultan yang bertugas.
- Sekiranya tuan/puan tidak muncul atau tidak tepat masa yang di tetapkan, deposit ini tidak akan dikembalikan.
- Pastikan anda memahami dan membaca syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum jumpa dalam sesi coaching