
Kursus Bersemuka: E-Invois Untuk Kedai Makan
Kursus 1 hari ini bukan sekadar teori. Kami tunjukkan step-by-step, terus praktikal, guna bahasa mudah, siap dengan contoh real bisnes makanan.
Kami akan bantu tuan dan puan:
- Faham sistem E-Invois yang wajib ikut LHDN
- Elak penalti sebab tak ikut format betul
- Tahu bila wajib mula, dan macam mana nak sediakan sistem dari sekarang
- Selaraskan dengan sistem POS yang kedai dah guna
Kursus Ini Jawab Semua Soalan Tuan & Puan
– "Saya jual nasi campur, perlu ke invois untuk setiap pelanggan?"
– "Saya guna mesin POS biasa, kena tukar ke?"
– "Macam mana nak simpan rekod untuk audit LHDN?"
– "Saya tak ada sistem langsung. Macam mana nak mula?"
Modul Kursus
Modul 1: Pengenalan & Kefahaman Asas
– Apa itu E-Invois & kenapa LHDN wajibkan
– Beza E-Invois dengan resit POS biasa
Modul 2: Siapa Wajib & Bila Kena Mula
– Tarikh kuat kuasa ikut kategori jualan
– Kedai enterprise, enterprise partnership & Sdn Bhd
Modul 3: Penalti & Risiko Jika Tak Patuh
– Jenis kesalahan yang biasa berlaku di kedai makan
– Apa tindakan LHDN kalau salah isi atau tak hantar
Modul 4: Cara Mula Guna E-Invois
– Daftar akaun MyInvois
– Setting awal yang wajib dibuat
Modul 5: Isi E-Invois Guna Portal LHDN
– Langkah demi langkah
– Contoh real untuk transaksi makanan
Modul 6: Nak Guna API atau Manual?
– Kalau dah ada POS: sambung atau ganti?
– Kalau belum ada sistem: jalan paling mudah
Modul 7: Dokumen & Maklumat Wajib Simpan
– Apa info kena ambil dari pelanggan
– Tempoh simpan & audit oleh LHDN
Modul 8: Pembatalan, Semakan & Rekod
– Cara batal invois jika tersilap
– Semak status sah atau tidak
Modul 9: E-Invois Disatukan & Self-Billed
– Macam mana kalau pelanggan tak nak invois pun
– Bila sesuai guna E-Invois Disatukan
Modul 10: Soal Jawab & Kajian Kes Sebenar
– Pengalaman pemilik kedai makan lain
– Strategi mudah ikut ikut & tidak pening
Maklumat Kursus
Tarikh: 3 Jun (Selasa)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Tempat: Temerloh Pahang.
Termasuk:
✔ Bahan rujukan bercetak
✔ Sijil kehadiran
✔ Template & checklist persediaan
✔ Akses group support selepas kursus
Siapa Sesuai Sertai Kursus Ini?
- Pemilik restoran, warung, gerai, food truck
- Manager kedai makan atau staf akaun
- Mereka yang baru nak mula bisnes makanan
- Yang dah guna POS tapi tak pasti boleh link ke tidak
Jangan Tunggu Sampai Dikenakan Penalti
Kalau tuan dan puan masih belum faham E-Invois,
belum daftar,
belum sediakan sistem…
Kursus ini tempat paling mudah untuk mula.
Datang, belajar terus, balik boleh terus setup.
Daftar Sekarang – Tempat Terhad Terhad 40 Peserta Sahaja
Jangan tunggu sampai LHDN datang audit baru nak kalut.
** BONUS COACHING UNTUK SOP KEDAI MAKAN OLEH TUAN PUTERA KHALEEL AZWAN SHAH.